Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Enggan Bergambar Dengan Anak, Zain Saidin Di Tuduh Sombong |  Zain Saidin terkejut apabila dituduh bersikap sombong kononnya dia sengaja menolak permintaan seorang peminat yang ingin merakamkan gambarnya bersama anak.

Enggan Bergambar Dengan Anak, Zain Saidin Di Tuduh Sombong

Kata Zain, tuduhan itu dibuat oleh seorang pengikut di Instagram yang kononnya telah menyaksikan kejadian tersebut di sebuah pusat beli belah di Johor.

"Saya terkejut apabila tiba-tiba ada orang memberi komen menuduh saya sombong apabila kononnya melihat saya tidak melayan peminat ketika diminta untuk bergambar bersama anak saya, Aaisyah Dhia Rana.

"Sedangkan ketika itu anak saya sedang menangis kerana lampinnya perlu ditukar. Tetapi individu yang melihat itu membuat andaian sendiri dan meletakkan komen di Instagram sehingga menimbulkan fitnah kepada pengikut-pengikut lain.

"Bukannya saya sengaja tidak mahu bergambar. Selama ini saya mahupun isteri (Rozita Che Wan) tidak mempunyai masalah jika sesiapa datang pada kami," katanya.

Tambah Zain, dia berharap agar mana-mana individu tidak membuat andaian tanpa usul periksa sekiranya berlaku lagi kejadian seperti itu.

Sebagai seorang bapa, dia perlu mengutamakan anaknya terlebih dahulu daripada memilih untuk bergambar.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/04/zain-saidin-dituduh-sombong/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.