Isnin, 29 Disember 2014

Isnin, Disember 29, 2014
ESSCOM Nafi Pengganas Sulu Mendarat & Kejadian Tembak Menembak Di Semporna | Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menafikan khabar angin kononnya sekumpulan pengganas Sulu dari selatan Filipina telah mendarat di Sandakan dan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna.

ESSCOM Nafi Pengganas Sulu Mendarat & Kejadian Tembak Menembak Di Semporna

Komander ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata khabar angin yang tersebar luas melalui laman sosial, termasuk Facebook itu tidak benar dan menasihati orang ramai supaya tidak cemas dan panik.

"Saya minta orang ramai bertenang kerana keadaan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) khususnya di Sandakan dan Semporna terkawal...tidak benar sama sekali dakwaan atau khabar angin itu," katanya dalam kenyataan ringkas siang tadi.

Abdul Rashid berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa sekumpulan pengganas dari selatan Filipina mendarat di Kampung Luboh, Batu 12 Sungai Manila, Sandakan pada 25 Disember lalu dan terbaharu berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menghubungi balai polis terdekat di ESSZONE atau Bilik Gerakan ESSCOM untuk mendapatkan maklumat sahih.

Abdul Rashid berkata, Bilik Gerakan yang berpusat di Lahad Datu itu beroperasi 24 jam setiap hari dan orang ramai yang ingin menyalurkan maklumat, membuat aduan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 089-863181 atau faks 089-863182.

Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/25886


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.