Jumaat, 19 Disember 2014

Jumaat, Disember 19, 2014
Farah Asyikin Nafi Dah Bercerai | Semalam banyak kes perceraian membabitkan artis di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, antara yang dapat dikesan media ialah kes cerai Farah Asyikin dan suaminya Zaahier Stanley.

Farah Asyikin Nafi Dah Bercerai

"Kami belum bercerai. Kami sudah tidak sebumbung sejak lebih kurang tujuh bulan. Saya kini tinggal dengan keluarga. Kami sekarang dalam fasa mencari jalan terbaik untuk menjernihkan rumah tangga. Apa yang terjadi kepada kami terlalu peribadi.

"Insya-Allah, saya mengharapkan yang terbaik untuk perkahwinan kedua ini. Kalau diizinkan kami tak mahu berpisah. Mungkin anak antara sebab kuat kenapa perlu mempertahankan semua ini. Kehidupan saya kini masih seperti biasa dan Alhamdulillah keluarga memberi sokongan jitu kepada saya," katanya.

Selepas sekian lama tidak muncul dengan cerita baru, Farah, 35, mengakui seakan pelik apabila mula menjadi perhatian. Tambahan pula apabila kisah peribadi dan rumah tangganya yang menjadi persoalan ramai.

Farah Asyikin Nafi Dah Bercerai

"Ini perkahwinan kedua saya. Jadi saya tahu apabila masalah ini timbul, akan ada yang pantas menyalahkan saya itu dan ini. Tapi sekarang saya hidup bukan atas kapasiti seorang diri lagi, saya ada anak. Jadi saya kena fikir cara terbaik untuk tangani permasalahan ini.

"Saya tak mahu perkahwinan ini jadi seperti yang dulu. Hanya keluarga dan Zaahier saja tahu apa yang kami lalui. Selepas saya berhijrah, saya tak cepat menghukum orang. Jadi bila ada masalah sebegini, saya harap orang doakan yang terbaik.

"Jangan sewenang-wenangnya menuduh itu dan ini tanpa usul periksa. Kelak ia akan kena batang hidung sendiri. Kita sama-sama jadi manusia yang baik, ...doa yang baik. Sekali lagi saya tekankan saya mengharapkan kesudahan yang baik untuk permasalahan ini," katanya yang ke mahkamah berkenaan sejak dua bulan lalu.

Farah Asyikin Nafi Dah Bercerai

Berkahwin pada 15 Februari 2013 di kediaman keluarga Farah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Perkenalan yang mula berputik di laman sosial Twitter pada 28 November 2012 membuka lembaran baru dalam hidup mereka.

Suami Farah adalah duda anak dua daripada komuniti Melayu Cape kelahiran Afrika Selatan yang juga pelumba basikal profesional dan menceburi bidang pertanian di negaranya. Bermula sebagai pengikut setia Farah di Twitter, hubungan itu berubah ke fasa istimewa seterusnya.


Ia perkahwinan kedua Farah. Cuma tanpa disangka, perbualan menerusi telefon dengannya tadi membuka cerita baru, beliau sebenarnya sudah bergelar ibu kepada Ebrahim Owais berusia lapan bulan yang menjadi lambang cinta Farah dan Zaahier.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/24113


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.