Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Fauziah Latiff Sah Bakal Bernikah 2015 | Selepas sekian lama mendiamkan diri memperkatakan tentang alam rumahtangga, Fauziah Latiff akhirnya mendedahkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan pada tahun depan.

Fauziah Latiff Sah Bakal Bernikah 2015

Menurut Fauziah, keputusan tersebut dibuat kerana dia merasakan sudah tiba masanya untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas kekecewaan dalam perkahwinan terdahulu.

"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.

"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya.

Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.

"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.

"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.

Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.

Sebelum ini, beberapa gambar Fauziah bersama jejaka yang dikaitkan dengan dirinya pernah tersebar di media sosial, namun Fauziah menafikan jejaka itu adalah kekasihnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/04/fauziah-latiff-bakal-nikah/ 


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.