Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Foto & Video: Anggota Kabinet Palestin,Ziad Abu Ain Maut Di Belasah Tentera Israel | Seorang anggota Kabinet Palestin mati dipukul tentera Israel dalam satu bantahan di Tebing Barat, menurut pegawai perubatan dan keselamatan.

Foto & Video: Anggota Kabinet Palestin,Ziad Abu Ain Maut Di Belasah Tentera Israel

Pengarah Hospital Ramallah, Ahmed Bitawi, berkata Ziad Abu Ain yang bertanggungjawab dalam isu penempatan Israel dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin, "syahid selepas dipukul di dada".

Satu sumber keselamatan Palestin menyatakan askar Israel memukul Abu Ein dengan belakang senapang dan topi tentera semasa perarakan bantahan di perkampungan Turmus Ayya berhampiran Ramallah.

Foto & Video: Anggota Kabinet Palestin,Ziad Abu Ain Maut Di Belasah Tentera Israel

Tentera Israel menyatakan mereka sedang menyiasat laporan itu.

Seorang peserta, Mahmoud Aloul yang juga anggota kanan pergerakan Fatah, berkata insiden bermula dengan satu perhimpunan oleh berpuluh penduduk Palestin yang menuju ke kawasan pertanian berhampiran perkampungan Turmus Aya untuk menanam pokok zaitun.

Foto & Video: Anggota Kabinet Palestin,Ziad Abu Ain Maut Di Belasah Tentera Israel

Foto & Video: Anggota Kabinet Palestin,Ziad Abu Ain Maut Di Belasah Tentera Israel

Katanya, sebaik saja penunjuk perasaan terbabit bergerak ke arah ladang berkenaan, tentera Israel menyembur gas pemedih mata ke arah penduduk Palestin.

Seorang penunjuk perasaan lain, Salah Hawajeh, berkata Abu Ain berarak ke arah tentera mendahului peserta lain sehingga beliau dihalang oleh seorang anggota tentera Israel.

Foto & Video: Anggota Kabinet Palestin,Ziad Abu Ain Maut Di Belasah Tentera Israel

Katanya, askar itu memukul kepala dan dada Abu Ain sehingga beliau rebah. Beliau kemudian dibawa dengan ambulans tetapi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. - Agensi

Dibawah video saat akhir Abu Ain selepas dipukul tentera Zionis!



sumber
http://www.bharian.com.my/node/22503
http://www.haaretz.com/news/diplomacy-defense/1.630951
skynews


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.