Jumaat, 19 Disember 2014

Jumaat, Disember 19, 2014
Gadis Bantu Gelandangan Yang Pernah Membantunya Semasa Hilang Beg Duit | Seorang lelaki gelandangan yang menawarkan sedikit wang untuk membantu seorang wanita yang kehilangan beg duit 4 Disember lalu, berasa amat terharu apabila wanita itu berjaya mengumpul lebih £21,000 (RM114,383) untuknya.

Gadis Bantu Gelandangan Yang Pernah Membantunya Semasa Hilang Beg Duit

Gadis tersebut, Dominique Harrison-Bentzen, 22, tidur semalaman di tepi jalan untuk mengumpul dana bagi membantu lelaki gelandangan dikenali sebagai Robbie selepas lelaki itu menawarkan £3 (RM16) sebagai tambang teksi kerana kad bank milik Dominique tercicir.

Wanita itu enggan menerima wang berkenaan namun amat tersentuh dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia tekad untuk membantu mengumpul wang.



Perbuatan Dominique tersebar ke seluruh dunia selepas dia memuat naik posting ke Facebook dan Twitter untuk mendapatkan sokongan orang ramai.

Gadis Bantu Gelandangan Yang Pernah Membantunya Semasa Hilang Beg Duit

Mahasiswi Universiti Lancashire berkenaan berjaya mengumpul £21,000 (RM114,383) untuk Robbie setelah tidur semalaman di tepi jalanan Bandar Preston, di sini, Selasa lalu.

Selain itu dia juga melancarkan sebuah laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flet.

Untuk info, derma tersebut kini telah meningkat sehingga £29,000....-wowww!!!

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/17480
http://www.theguardian.com/education/2014/dec/17/student-raises-thousands-of-pounds-for-homeless-man-who-offered-her-money


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.