Isnin, 1 Disember 2014

Isnin, Disember 01, 2014
Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun | Seorang gadis berusia 22 tahun ditoreh dan dipukul penyamun yang memecah masuk rumah mereka di Wakaf Berangan, Pasir Putih, petang semalam.

Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun

Kejadian kira-kira 2 petang itu berlaku ketika wanita terbabit berada dalam bilik air, manakala ibunya, 58, berehat di bahagian dapur rumah.

Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, dua suspek lelaki dipercayai warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang mempunyai 'visor'.

Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun

"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.

"Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya.

Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun

Suspek dilihat mangsa cuba menanggalkan seluarnya dipercayai mahu merogol mangsa, namun membatalkan hasrat apabila suspek yang berada di luar bilik memanggilnya.

"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.

Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.

Gadis Cedera, Muka Di Toreh & Di Pukul Penyamun

Mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tangan emas dan telefon bimbit iPhone 5S warna putih dianggar bernilai RM10,000.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13257


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.