Jumaat, 12 Disember 2014

Jumaat, Disember 12, 2014
Gambar Pencuri Hantar Surat Merayu Minta Maaf Selepas Pecahkan Kereta Imam Masjid

Kisahnya seorang pencuri telah memecahkan cermin sebuah kereta milik imam masjid Al-Syakirin di Gombak iaitu Ustaz Muhaimin dengan tujuan merompak.

Gambar Pencuri Hantar Surat Merayu Minta Maaf Selepas Pecahkan Kereta Imam Masjid

Mungkin si pencuri tidak menyangka pevmilik kereta adalah imam di masjid tersebut, entah apa petunjuk yang diterimanya selepas kejadian itu, si pencuri telah meninggalkan sekeping surat dengan wang ringgit RM150 sebagai tanda memohon maaf dan merayu agar Imam tersebut tidak berbuat apa-apa kepadanya.

Pengirim melalui sumber yang dipetik dari sebuah blog berkata, beliau menasihatkan agar pencuri dan perompak di luar sana, beringat selalu. Kalau anda salah orang, buruk padahnya.

Apapun ingatlah setiap perbuatan kita sentiasa diperhatikan Allah SWT dan segala dosa pahala dicatatkan malaikat kiri dan kanan kita.

Jadi berubahlah menjadi insan yang baik. Berusahalah mencari rezeki yang halal seperti orang lain.

sumber
http://www.ohmedia.my/2014/12/pencuri-hantar-surat-merayu-minta-maaf.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.