Khamis, 25 Disember 2014

Khamis, Disember 25, 2014
Gambar Sekitar Letupan di Taman Ria Gurun    | Info rasmi mengatakan jumlah mangsa yang maut dalam letupan di Taman Mesra Ria 2. Laporan akhbar juga mengatakan anggota tentera tersebut membawa balik bom ke rumahnya, namun komen di media sosial mengatakan Ayub Hashim, 37, merupakan bekas anggota tentera dan bekerja dilapang sasar di Kem Horbat, Gurun.

Gambar Sekitar Letupan di Taman Ria Gurun

Dalam pada itu, pihak bomba menerusi Sinar Harian tidak menafikan letupan tersebut akibat dari bahan letupan kerana impaknya yang besar.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, walaupun ada yang mengatakan letupan berpunca daripada tong gas tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan.
 
Gambar Sekitar Letupan di Rumah Anggota Tentera di Gurun
Gambar Sekitar Letupan di Rumah Anggota Tentera di Gurun

" Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian.
 
"Ketika menjalankan pemeriksaan, kita mengenal pasti impak yang cukup kuat terutama kesan-kesan lubang pada dinding rumah terbabit yang diyakini berpunca daripada bahan letupan dan bukannya letupan tong gas memasak seperti yang didakwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Gambar Sekitar Letupan di Rumah Anggota Tentera di Gurun
Gambar Sekitar Letupan di Rumah Anggota Tentera di Gurun

Sementara itu, ada saksi mengatakan letupan berpunca dari bom tangan yang berada di dalam sebuah kereta.

3 Maut 1 Parah Tong Gas Meletup di  Taman Mesra Ria

Saksi yang nama dirahsiakan berkata, letupan tersebut bermula dari sebuah kereta yang diletakkan di belakang rumah. Kereta tersebut telah meletup pada pukul 4.30 petang menyebabkan 4 org maut dan merosakan 7 buah rumah berhampiran.

Gambar Sekitar Letupan di Taman Ria Gurun

Apapun, kita releks dulu...jangan cepat melatah, biar pihak yang bertanggungjawab melaksanakan tugasan mereka. Insyaallah, jawapan sebenar akan diketahui juga nanti.

Untuk melihat gambar yang lain sila layari FB kami di sini..[Gambar Letupan Taman Ria 2 Gurun]

Update: Peluru Roket Anti Kereta Kebal Punca Letupan Di Taman Ria Mesra 2
Update: 1 Lagi Mangsa Letupan Bom Di Taman Ria Mesra 2 Meninggal Dunia


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.