Isnin, 15 Disember 2014

Isnin, Disember 15, 2014
Gambar & Video: Misteri Rumah Sutomo, Tegak Berdiri Di Celah Runtuhan | Banjarnegara: Ketika rumah penduduk lain musnah dirempuh atau ditimbus tanah, sebuah rumah milik Sutomo di Jemblung kekal utuh.

Misteri Rumah Sutomo, Tegak Berdiri Di Celah Runtuhan

Malah penghuninya tidak termasuk dalam kalangan mangsa korban atau masih hilang.

Rumah bercat putih milik Sutomo itu tidak mengalami nasib buruk seperti puluhan kediaman lain di petempatan itu walaupun dikiri dan kanan rumah itu penuh dengan kesan tanah runtuh dari dua bukit.

Abang Sutomi, Hamim berkata, sehari sebelum kemalangan menimpa, Sutomo seolah-olah mendapat petunjuk mengenai bala yang bakal tiba.

“Sutomo meminta saya serta anak-anaknya berpindah ke tempat lain kerana berasa tidak sedap hati,” katanya.

Misteri Rumah Sutomo, Tegak Berdiri Di Celah Runtuhan

Ternyata tindakan diambil Sutomo, 36, dan Hamim, 36, itu tepat. Kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu Hamim membawa anak Sutomo ke rumahnya dan kira-kira dua jam kemudian bencana itu pun berlaku.

Tanah dari dua bukit yang mengelilingi petempatan berkenaan runtuh serta melanda apa saja yang ada di laluannya. 52 buah rumah musnah sama sekali dan difahamkan lebih 100 mangsa masih hilang akibat kejadian itu.

Hamim yang tinggal di Karangkobar Purwodadi berkata, sebelum ini pernah ada tanah runtuh melanda kawasan tepi rumah Sutomo, tetapi tiada sebarang kematian atau kecederaan berlaku.

Misteri Rumah Sutomo, Tegak Berdiri Di Celah Runtuhan

“Sutomo nampak tanah runtuh itu bergerak amat laju menuju ke rumahnya dan dia terpaksa berlari sekuat hati untuk menyelamatkan diri,” katanya. Namun Sutomo bernasib baik.

Rumah satu tingkat yang dibina sejak 2010 itu seolah-olah tidak disentuh langsung oleh tanah bukit berkenaan.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/16318#sthash.J4edpiHd.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.