Jumaat, 12 Disember 2014

Jumaat, Disember 12, 2014
Ibu Awie Wings Meninggal Dunia | Ibu kepada penyanyi rock terkenal, Awie Wings telah meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi tadi di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor.

Ibu Awie Wings Meninggal Dunia

Menurut laporan, ibu Awie, Azizah Abdul Hamid, 75, yang mengidap kencing manis dan darah tinggi tetapi dalam status terkawal. Beliau meninggal dunia kerana sakit tua.

Semenjak kemelut rumah tangga Awie bersama Rozana Misbun, ibu kepada vokalis Wings itu memutuskan untuk tinggal bersama-sama dengan Awie.

Ibu Awie Wings Meninggal Dunia

"Allahyarham terjatuh dalam bilik air pagi ini dan kemudian meninggal dunia. Kejadian ini disedari pembantu rumah mereka lalu memaklumkan kepada Awie. Memang sejak Awie berdepan dengan krisis rumah tangga, ibunya menetap bersama Awie di rumah itu.

Ibu Awie Wings Meninggal Dunia

"Arwah seorang balu, meninggalkan lima anak dan 16 cucu. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Baru selepas solat Jumaat hari ini," katanya.

Awie dan kumpulannya Wings kini sedang sibuk menguruskan konsert jelajah "Menakluk Kosmos" diseluruh Malaysia yang akan bermula di Penang tak lama lagi. Al Fatihah...

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/15653#sthash.m9YYohKJ.dpuf
http://www.bharian.com.my/node/22797




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.