Jumaat, 12 Disember 2014

Jumaat, Disember 12, 2014
Ibu Bersyukur Dapat Tatap Wajah Kopral Azman Buat Kali Terakhir | Ibu kepada komando, allahyarham Kopral Azman yang meninggal dunia secara mengejut ketika bertugas di Lubnan bersyukur kerana dapat menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

Ibu Bersyukur Dapat Tatap Wajah Kopral Azman Buat Kali Terakhir

"Syukur boleh lihat dan mencium wajahnya buat kali terakhir," kata ibu Allahyarham Koperal Azman.

Menurut Hazimah Jusoh, 60, beliau menerima dengan reda segala yang berlaku ke atas anaknya dan menganggap ia sebagai ketentuan Ilahi.


"Dia (Azman) seorang yang baik dan sering kali menghubungi adik beradik lain untuk bertanya khabar.

"Saya terima dan bersyukur segala-galanya berjalan dengan lancar dan arwah selamat dikebumikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pelunggul, Melor di sini, malam ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa pulang dari Lubnan menggunakan pesawat Charlie C-130 dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibawa ke Pangkalan Udara TUDM Subang, dan kemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.


Jenazah disembahyangkan di kediaman keluarganya di sini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tegayung, Melor, kira-kira 9 malam.

Turut hadir memberi penghormatan ialah Panglima Dua Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shukuri Ahmad; Asisten Ketua Staf TUDM, Mejar Jeneral Datuk Kamarulzaman Mohd Othman; Panglima Briged Kelapan Infantri, Brig Jeneral Datuk Azmy Yahya; dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Allahyarham yang pernah bertugas di Rejimen 11 Gerak Khas di Kem Sungai Udang, Melaka meninggalkan balu, Fatimah Senik, 32, dan tiga orang anak berumur antara 3 hingga 7 tahun.- BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/22768


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.