Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, Disember 16, 2014
Ibu Patah 2 Tangan, Anak Cedera Jadi Mangsa Ragut | Seorang wanita Indonesia dan anaknya cedera apabila diragut dua lelaki bermotosikal dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Kebun, Berjaya Park, kira-kira jam 1 petang, Ahad lalu.

Ibu Patah Tangan, Anak Cedera Jadi Mangsa Ragut

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mangsa berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia tiga tahun berhenti di simpang berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki.

Beliau berkata, suspek kemudian meragut beg mangsa sehingga menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkan mangsa dan anaknya mengalami kecederaan di bahagian muka, badan, kaki dan tangan akibat terjatuh.

"Seorang daripada suspek berusia 28 tahun berjaya ditahan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu selepas mengejarnya manakala rakannya melarikan diri.

"Polis sudah mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek dan usaha mengesan rakannya kini sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/16663


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.