Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
Ini Mimpi Paling Ngeri Saya - Tony Fernandes | Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes terharu dengan sokongan yang diterimanya di media sosial dan menganggap kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 sebagai satu mimpi ngeri.

Ini Mimpi Paling Ngeri Saya - Tony Fernandes

Beliau yang sudah tiba di Surabaya, Indonesia berkata ingatan beliau adalah bersama para penumpang dan anak kapal.

“Saya sebagai CEO kumpulan anda akan terus bersama dalam masa-masa sukar ini. Kami akan melalui pengalaman pahit ini bersama dan saya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak daripada anda,” tulis Tony di Twitter.

Beliau turut berterima kasih dengan pihak kerajaan Indonesia, Singapura dan Malaysia dan meletakkan harapan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Tambahnya, keutamaan ketika ini adalah untuk menjaga ahli keluarga staf beliau dan para penumpang.

Ini Mimpi Paling Ngeri Saya - Tony Fernandes


Kata-kata Tony di Twitter terus mendapat reaksi pengguna media sosial, yang berkata mereka akan sentiasa bersama Tony dalam saat yang menguji ini.

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/ini-mimpi-paling-ngeri-saya-luah-tony-51102?cp


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.