Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, Disember 16, 2014
Insiden Tahan Tebusan Di Kafe Australia Berakhir | Polis New South Wales mengesahkan insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney selama 17 jam berakhir awal pagi Selasa.

Insiden Tahan Tebusan Di Kafe Australia Berakhir

Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin.

Pemberita AFP berhampiran tempat kejadian terdengar satu siri letupan kuat dan jeritan setelah polis merempuh masuk.

Beberapa orang berlari keluar dari bangunan yang terletak di pusat bandar Sydney. Ada di antara mereka dilaporkan cedera.

Media tempatan melaporkan seorang anggota polis turut cedera.

Insiden Tahan Tebusan Di Kafe Australia Berakhir

Sebelum ini, nama lelaki bersenjata yang menjadikan sekumpulan pengunjung sebuah kafe di Sydney sebagai tebusan didedahkan oleh ABC Television dan media lain sebagai Man Haron Monis, 49, seorang 'ulama' kelahiran Iran.

Insiden berlaku di kafe Lindt Chocolate pada pagi Isnin di Martin Space, sebuah kawasan perniagaan yang sibuk.

Penyiar nasional, ABC, berkata Monis dalam “jaminan atas beberapa kesalahan ganas.”

Bekas peguam Monis iaitu Manny Conditsis berkata orang ramai diberi jaminan bahawa insiden ini bukan dilakukan oleh kumpulan pengganas.

“Ia dilakukan oleh seorang individu. Ia bukan satu keganasan atau tindakan bersepadu. Ia satu insiden  oleh seorang individu yang melakukan sesuatu yang keterlaluan,” katanya.

Insiden Tahan Tebusan Di Kafe Australia Berakhir

Terdapat laporan bahawa Monis tiba di Australia pada 1996 sebagai seorang pelarian dan tinggal di barat daya Sydney.

Polis tidak menafikan laporan berkenaan. Mereka sedia maklum tentang identiti Monis namun enggan mendedahkan maklumat itu ketika operasi berjalan.

#Inilah kebangangan seorang penganut syiah yang menambah busukkan lagi nama Islam dimata dunia....hurmmm syiah kat Mesia??


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/insiden-tebusan-di-sydney-berakhir-50351


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.