Rabu, 17 Disember 2014

Rabu, Disember 17, 2014
Isteri Ejump Dakwa Putri Mardiana BOHONG? | Sebelum ini Putri Mardiana mendakwa dirinya dan Ejump telah dikenakan oleh bekas teman lelakinya dalam kes khalwat tangkap mereka. Malah dalam serbuan jam 3.00 pagi itu, dia sempat mempelawa pegawai JAIS untuk minum dirumahnya.

Isteri Ejump Dakwa Putri Mardiana BOHONG?

Tambah Putri Mardiana, kelmarin dia dan kekasihnya Ejump telah naik ke mahkamah untuk perbicaraan kes cerai kekasihnya dan katanya kes tersebut telah pun selesai dimana Ejump telah bercerai dengan isterinya dan mereka telah mengambil surat cerai tersebut.

Namun semalam timbul pula dakwaan mengatakan Putri Mardiana berbohong tentang status teman lelakinya yang telah bercerai dimahkamah.

Menerusi Astro Gempak, dikatakan isteri Ejump sendiri telah memberikan komen di satu akaun rakan laman sosialnya dengan mengesahkan yang kes penceraian mereka masih berjalan dan dalam kenyataan itu juga mendakwa Ejump sendiri yang enggan melafazkan cerai.


Selain itu, Norhasni turut membidas kenyataan Putri Mardiana bahawa ‘Ejump’ masuk ke dalam rumahnya hanya untuk meminum air sebagai sesuatu yang tidak berasas kerana masa yang diambil agak panjang.

Berikut kenyataan yang ditulis isteri teman lelaki Putri Mardiana,

"Sorry yer sehingga saat ini ejump belum lafaz cerai dan tidak mahu lafaz cerai…kes masih berjalan…saman no: 1****-0**-0*** tahun 2014…so statement sudah diceraikan…masuk tuk minum air berjam-jam, huhuhuhu please la laaa logic la skit…."


#Err...nampaknya masih terpusing-pusing lagi kes nih...

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/141726/Putri-Mardiana-Bohong-Suami-Masih-Belum-Lafaz-Cerai-%E2%80%93-Isteri.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.