Rabu, 31 Disember 2014

Rabu, Disember 31, 2014
Jinggo Dedah Kerana Kecewa Sikap Bapa Balqis: Pendedahan yang dibuat oleh Jinggo beberapa hari lalu mengenai sikap bapa Balqis bukan kerana ingin menjatuhkan kerjaya pelakon kanak-kanak itu.

Jinggo Dedah Kerana Kecewa Sikap Bapa Balqis

Menurut Jinggo, dia berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap bapa Balqis yang dianggap tidak berbudi bahasa apabila mengeluarkan kata-kata kesat menerusi mesej aplikasi WhatsApp.

"Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini.

"Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu," katanya menerusi Mstar.

Sementara itu, Jinggo menjelaskan, pihak produksi terpaksa membatalkan pengambilan Balqis sebagai pelakon drama mereka selepas melihat jadual kanak-kanak itu begitu padat sehingga sukar untuk mereka membuat susunan jadual.

"Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat.

"Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat. Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan.

"Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia serik untuk menawarkan Balqis terlibat dengan drama terbitannya pada masa depan, kata Jinggo, pihaknya masih terbuka untuk bekerjasama dengan Balqis memandangkan pelakon kanak-kanak itu seorang yang amat berbakat.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/31/jinggo-puteri-balqis/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.