Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Perkenal Intan Ladyana Kekasih Baru | Hanya 3 bulan selepas berpisah, Kamal Adli terkejut selepas mendapat tahu bekas kekasihnya Intan Ladyana telah menemui pengganti.

Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Perkenal Intan Ladyana Kekasih Baru

Menurut Kamal, dia mendapat tahu perkara itu apabila pengikut di Instagram Intan meletakkan tanda 'tagged' gambar pelakon itu dengan seorang lelaki di akaun laman sosial miliknya.

"Saya masih dalam proses memulihkan perasaan daripada terus merindui Intan tetapi saya benar-benar terkejut apabila seorang peminat telah "tagged" gambar Intan bersama teman-teman termasuk seorang lelaki ketika percutian mereka di Venice.

"Saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain," katanya.

Hantar Mesej

Dalam pada itu, Kamal mendedahkan sebelum mendapat tahu Intan sudah menemui pengganti, dia masih menghantar mesej kepadanya hampir setiap hari kerana mahu memujuk biarpun tidak pernah dibalas.

Bagaimanapun kata Kamal, dia berhenti daripada terus menghantar mesej selepas menyedari kedudukannya selain mahu menghormati privasi kehidupan Intan.

"Saya cuba perbetulkan keadaan tetapi semakin lama kami semakin jauh... jadi sudah tiba masanya saya perlu lupakan dia. Bukan mudah kerana sepanjang enam tahun kami bercinta saya bahagia bersama dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh saya," jelasnya.

Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Perkenal Intan Ladyana Kekasih Baru

Liyana Jasmay Perkenal Kekasih Baru Intan

Sementara itu, Kamal memberitahu dia terkejut apabila mendapat tahu Intan mengenali lelaki berkenaan melalui rakan baiknya sendiri iaitu Liyana Jasmay.

Jelas Kamal, biarpun terasa hati dengan tindakan Liyana itu namun dia yakin niat aktres itu baik untuk melihat Intan gembira dan bahagia.

"Terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan.

"Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/03/kamal-adli-terkejut/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.