Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Kerap Di Tanya Tentang Anak, Fouziah Gous Akui Rimas | 14 bulan hidup sebagai suami isteri, keadaan fizikal Fouziah Gous yang masih lagi "bergetah" seperti biasa menimbulkan banyak persoalan dari peminat.

Kerap Di Tanya Tentang Anak, Fouziah Gous Akui Rimas

Fouziah yang menyedari persoalan peminat akhirnya menerangkan,

"Tempoh setahun ini hidup berdua sebagai suami isteri adalah saat terbaik untuk kami saling belajar dan mengenali lebih dekat diri pasangan. Itu juga antara sebab mengapa kami kini tidaklah terburu-buru untuk mempunyai cahaya mata"

“Saya dan suami percaya soal anak adalah ketentuan Tuhan. Insya-Allah, kami tak akan sorokkan berita baik itu dari peminat bila sampai masanya,” j

Selain itu, Fouziah turut menjawab persoalan ramai tentang dirinya yang dikatakan sering sangat bersama suami dan seakan akan menunjuk kemesraan mereka berdua di laman Instagram.

“Terus-terang, sejak berkahwin, saya belum pernah berjauhan dengan suami. Hampir setiap hari kemana-mana berdua. Bagi saya apabila memuat naik foto bersama suami, itu adalah realitinya kerana hampir setiap hari dan masa, saya memang bersama dia”

“Kalau nak kata saya menunjuk saya tak pernah mempamerkan hal berkaitan material contohnya barangan mahal yang saya terima daripada suami,” ujar Fouziah Gous.

sumber
http://www.rotikaya.com/fouziah-gous-rimas-peminat-tanya-tentang-anak/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.