Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Jenazah Komando Kopral Azman Di Beri Penghormatan Ketenteraan | Hangat lagi diingatan bagaimana sambutan ketibaan jenazah penumpang dan kakitangan MH371 baru-baru ini. Ketibaan berperingkat jenazah ketika itu disambut dengan penuh adat kehormatan seperti wira negara. Bahkan anggota keselamatan negara ketika itu turut bertungkus lumus menyambut ketibaan jenazah MH371.

Jenazah Komando Kopral Azman Di Beri Penghormatan Ketenteraan

Kini, seorang lagi pejuang negara gugur ketika bertugas untuk keamanan dan mengharumkan nama negara di persada dunia. Yaaa...kali ini dia benar-benar seorang pejuang....


Jenazah anggota komando iaitu Kopral Azman Che Soh yang meninggal dunia ketika bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah Lubnan di beri penghormatan yang sewajarnya ketika di Lubnan oleh negara lain yang turut menyertai misi keamanan disana.


Menurut media, kenderaan/van jenazah jenazah meninggalkan Kompleks Kargo KLIA pada jam 3.05 petang tadi.


Jenazah dibawa terus ke Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang untuk disembahyangkan sebelum dibawa menaiki pesawat ke Kota Bharu untuk dikebumikan.


Allahyarham Kopral Azman (anggota MALBATT 850-2) meninggal dunia setelah didapati tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.


Antara 2 Darjat: Ketibaan Jenazah Komando Malaysia Berbanding MH371

Terdahulu, beliau diberikan rawatan awal di Hospital Level 1, Malbatt oleh pegawai perubatan dan kemudiannya dihantar ke Hospital Level 2, Naquora. Sekitar jam 10.45 pagi waktu tempatan, beliau disahkan meninggal dunia.


Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan muslimin yang beriman dan beramal soleh...Aminnnn.

sumber
FB
http://www.bharian.com.my/node/22636



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.