Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, Disember 16, 2014
Khalwat, Putri Mardiana Dakwa Kena PRANK Bekas Teman Lelaki | Putri Mardiana Zainal Abidin menyifatkan insiden dia ditangkap khalwat pada malam Ahad lalu ada hikmah meskipun dikecam teruk dan terpaksa menanggung malu.

Khalwat, Putri Mardiana Dakwa Kena PRANK Bekas Teman Lelaki

Nina bagaimanapun gembira apabila kes perceraian teman lelakinya, yang dikenali sebagai Ejump akhirnya selesai hari ini. Susulan keputusan itu, pasangan ini merancang mahu bernikah pada tahun hadapan.

"Saya ke mahkamah tadi kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai.

"Teman lelaki saya bukan lagi suami orang dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.

"Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan," katanya.

Sementara itu, Nina mendakwa serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke rumahnya sengaja dirancang bekas teman lelakinya.

Khalwat, Putri Mardiana Dakwa Kena PRANK Bekas Teman Lelaki

"Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya.

"Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). Saya sebenarnya di 'prank' bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump.

"Mereka bersepakat kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat," katanya.

Katanya, teman lelakinya itu menghantarnya pulang sebelum masuk ke dalam rumahnya untuk minum sebentar.

"Kemudian JAIS datang dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tidak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa.

"Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.

"Sebenarnya, bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami.

"Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya," katanya.

Khalwat, Putri Mardiana Dakwa Kena PRANK Bekas Teman Lelaki
Bekas suami Nina yg baru kemalangan pd 13 Dis lalu

Dalam sebuah akhbar hari ini melaporkan selebriti berstatus janda anak ditangkap khalwat bersama seorang lelaki di kondominium di Ukay Perdana.

Dalam pada itu, dia bersyukur kerana keluarga masing memang sudah tahu mengenai hubungan mereka. Walaupun berlaku perkara tersebut, dia tidak merancang untuk mempercepatkan pernikahan dengan Ejump.

"Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat).

"Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.

"Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia.

"Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat," katanya.

Putri Mardiana sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan 3 cahaya mata yang kini dibawah jagaan bekas suaminya.
sumber
http://malaysiandigest.com/hiburan/532877-nina-kena-prank-bekas-kekasih.html
https://www.facebook.com/putrimardiana.zainalabidin


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.