Sabtu, 6 Disember 2014

Sabtu, Disember 06, 2014
1
Kisah Adik Qistina Yang Sangat Menyentuh Hati | Kerap kali kita mendengar kisah malang atau kisah sedih insan lain terutamanya anak-anak kecil yang menderita kerana penyakit yang sukar diubati, maka tiap kali itulah juga hati kita meruntun sedih.

Hidap Leukimia: Kisah Adik Qistina Yang Sangat Menyentuh Hati

Salah satunya ialah catatan Puan Natipah Abu tentang kisah menyentuh hati adik Qistina atau nama penuhnya Qysstina Syafieka Bt Erman ini dimana adik Qistina ini menderita akibat penyakit Luekimia serta memerlukan kos yang agak tinggi untuk rawatan.

Keluarga Qistina, bukanlah dari keluarga yang senang. Dulu, ayah dan ibunya hanyalah peniaga di pasar malam dan kini mereka terpaksa berhenti berniaga semata-mata untuk menjaga anak ini.

Hidap Leukimia: Kisah Adik Qistina Yang Sangat Menyentuh Hati

Satu persatu harta mereka yang ada terpaksa dijual bagi menampung kos rawatan adik Qistina. Untuk info, mereka kini menetap di Taman Permai, Kuala Ketil.

Mari kita ikuti catatan tersebut.
"Bismillah.....Kali pertama menatap wajah adik Qysstina Syafieka Bt Erman Shah (7 tahun) hanya Allah S.W.T sajalah yg tahu betapa pilunya hati mengenangkan insan sekerdil itu harus menjalani nasib yg sedemikian. 

Tidak terjangkau akal saya utk menggambarkan betapa sengsaranya dia menahan kesakitan yg Allah S.W.T turunkan sbg ujian utknya dan kedua ibu ayah. Bibirnya tidak putus2 merintih dlm esak tangis " tak selesa badan ibu..tak selesa badan ibu....lenguh ibu....." Kerapkali juga dia memanggil ibunya..dan meminta dipeluk ibu. Seketika dalam pelukan ibu...dia pun terlelap dan pelukan pun terlerai.

Dia mula mengidap luekimia atau kanser darah pada usia 4 tahun. Bermula saat itu....kedua ibu ayah yg berniaga barang2 mainan di pasar malam tidak pernah jemu berusaha...berkorban segalanya atas impian ingin melihat anak tersayang pulih spt sediakala. Kalau dahulunya ketika berniaga semua anak2 di bawa bersama ke tapak niaga tp kini mereka hilang mata pencarian kerana menumpukan sepenuh masa utk menjaga Qysstina. Segala apa yg ada habis dijual satu demi satu...demi menampung kos perubatan.
Kisah Adik Qistina Yang Sangat Menyentuh Hati

Selagi ada peluang mereka sanggup mencuba apa saja. Mereka melengkapkan semua kaedah yg disarankan hospital termasuklah...menjalani proses kemoeterapi.

Ketika usia 5 tahun...adik Qysstina menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yg didermakan oleh adiknya Rayyan Hezri yg ketika itu berusia 4 tahun. Namun kita manusia hanya mampu merancang...Allah juga menentukan segalanya...selepas dua tahun pemindahan sum-sum tulang itu...hari ini pihak hospital tidak mampu mencadangkan sebarang kaedah lagi selain memberikan morfin utk membantu mengurangkan kesakitannya.

Bermula dengan telinga...gusi ..kuku...dan akhirnya mata, insan terpilih ini mula mengalami pendarahan. Matanya sudah terkatup...tidak tahu apakah mata itu masih sempurna atau sudah rosak. Ibu dan ayah takut utk " menyentuh" mata itu ..bimbang akan meyakiti atau bimbang dijangkiti kuman. Sekadar mencuci dgn cecair yg dibekalkan pihak hospital. Manakala tgnnya sentiasa menekup sebelah telinga yg sudahpun mengalami pendarahan...dia yg masih mampu berbicara memberitahu.." sakit telinga ni ."

Ayah beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihannya mengenangkan satu masa lalu Qysstina adalah anak emas yg sgt rapat dgn beliau. Anak sulung dr tiga adik beradik itu sangat manja dgnnya. Hari ini...anak kesayangannya itu enggan didokong atau diuruskannya kerana sentuhannya dirasakan kasar utk tubuh yg hanya tinggal tulang dan kulit itu.

Kisah Adik Qistina Yang Sangat Menyentuh Hati

Alhamdulillah...adik Qysstina masih mampu makan dan minum seperti biasa walaupun tidaklah sebanyak mana walaupun sambil berbaring shj. Putu mayam... itulah sahaja selera makannya setiap hari sekarang. Kebelakangan ini..dia mula meminta buah manggis. Di manalah hendak dicari hajatnya ini kerana sekarang bukanlah musimnya. Namun si ayah sudah berpesan kpd semua sahabat khususnya pemandu lori atau bas...kalau ada ternampak buah manggis...tolonglah belikan utk menunaikan hajat anak kesayangannya.

Meminjam kata2sahabat saya..Allah memilih kita untuk membantu seseorang bukanlah kerana kita baik atau mereka perlukan bantuan kita.Tetapi Allah ingin memberi kita peluang untuk membantu diri kita. Barakah adalah rahsia Allah S.WT."

Subahanallah, besar sungguh dugaan yang diterima dan admin berharap keluarga dan adik ini tabah menghadapi semua ini. Semoga adik Qistina kuat dan insyaALLAH, ALLAH maha kaya menyembuhkan penyakit adik.
Kepada anda yang membaca kisah ini jika ingin membantu boleh terus menghubungi orang yang talah diamanahkan untuk menerima sumbangan oleh ibu Qistina iaitu Puan Natipah Abu atau Puan EnaZamri Rashid ataupun "bank in" ke akaun dibawah...

5601 9300 20649 (Maybank)
Mohamad Zamri b Shaari(Suami puan Ena Zamri)

(Akaun Natipah Abu sudah tidak boleh menerima wang masuk kerana transaksi yang sangat aktif, sila gunakan akaun diatas bagi menymbang. Terima kasih bagi yang sudi membantu)
152108065353 (maybank)
Natipah Abu

Daun Belalai Gajah Ubati Kanser
Antara saranan pembaca kepada penghidap kanser...
Mari sama-sama kita ringankan beban keluarga ini semoga jasa baik pembaca akan dibalas ALLAH dengan kebaikan dunia dan akhirat.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/12/kisah-adik-qistina-penghidap-luekimia.html
https://www.facebook.com/Pahtiepah


1 comments:

  1. Al-Fatihah buat adik qistina moga rohnya dicucuri rahmat dan syurga jua tempatnya bg insan suci ini..Allahuakbar...

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.