Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Kopi "Hari-Hari Mau" Ancam Nyawa | Sapa pun terpikat dengan slogan ‘Hari-Hari Mau’ yang juga membawa makna hari-hari kuat yang digunakan untuk produk kopi jenama Harimau dan Singa ini.

Kopi "Hari-Hari Mau" Ancam Nyawa

Malangnya kopi tersebut yang cuba dipasarkan oleh sindiket haram dikesan mengandungi adunan kimia pembunuh thiodimethylsildenafil.

Racun kimia itu dikesan sengaja dimasukkan secara rahsia ke dalam serbuk kopi berkenaan bertujuan bagi merangsang nafsu se-ks lelaki yang meminumnya.

Bagaimanapun risikan pegawai Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengesan penjualan produk kopi campuran itu yang disahkan boleh membawa maut.

Kegiatan mengilang kopi ‘maut’ itu bagaimanapun berjaya dibongkar sepasukan anggota BPF Selangor selepas menyerbu sebuah premis yang dijadikan kilang haram oleh sindiket itu di Selayang di sini.

Dalam serbuan jam 11 pagi semalam, pihak BPF melakukan serbuan dibantu anggota Jabatan Imigresen Selangor susulan maklumat premis itu turut dikendalikan tiga warga asing.

Sumber berkata, hasil serbuan mengejut itu, seramai tiga pekerja warga Indonesia yang tidak mempunyai permit kerja sah ditahan ketika sedang menjalankan kerja membungkus kopi itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui ribuan peket kopi cap Harimau dan Singa yang sudah siap dibungkus termasuk ada antaranya sedang digaul di dalam mesin khas.

“Berdasarkan soal siasat dilakukan, sindiket itu akan mencampurkan sebanyak 750 gram kimia perangsang seks haram thiodimethylsildenafil ke dalam setiap 100 kilogram serbuk kopi yang sudah diadun dengan campuran tepung susu,” katanya.

Menurutnya, kandungan kimia thiodimethylsildenafil di dalam kopi itu amat tinggi dan dianggap tidak munasabah.

“Tidak hairanlah sindiket itu didapati menjual kopi berkenaan pada harga semahal RM10 sepaket. Berdasarkan maklumat, produk kopi itu akan diedarkan terus ke pasaran sebalik siap dibungkus bagi mengelak serbuan oleh pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut di kilang itu turut menemui tong berisi serbuk thiodimethylsildenafil yang dipercayai diseludup dari luar negara. Kimia perangsang seks berbahaya itu boleh mencecah harga sehingga lebih RM10,000 bagi setiap sekilogram,” katanya.

Menurutnya, semua serbuk kimia thiodimethylsildenafil dan berpuluh ribu peket kopi harimau dan singa yang mahu diedarkan ke seluruh negara bernilai lebih RM50,000 kemudian dirampas.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13646


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.