Khamis, 18 Disember 2014

Khamis, Disember 18, 2014
Lagi Penumpang China Bikin Kecoh | Jumaat lepas, kecoh seketika dengan tindakan bodoh dalam pesawat AirAsia Thai oleh pelancong China, kali ini timbul satu lagi kisah yang dicetuskan penumpang pesawat dari negara itu.


Minggu lalu, berlaku kejadian melontar mi panas terhadap seorang pramugari AirAsia Thailand dan ancaman mengebom pesawat itu yang dilakukan sepasang kekasih dari negara itu.

Kelmarin, satu lagi kes timbul, membabitkan seorang penumpang yang bertindak mengaktifkan gelungsur kecemasan semata-mata kerana mahu keluar cepat dari pesawat yang dinaikinya.

Penerbangan pesawat China Eastern MU2331 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Fenghaung Sanya di Hainan mendarat sekitar jam 9 malam kelmarin dan hampir siap untuk berhenti di kawasan yang ditetapkan sebelum seorang penumpang membuka pintu kecemasan.

Penumpang berkenaan sebelum itu memberitahu rakannya, dia tidak sabar untuk keluar dari kapal terbang berkenaan sebaik ia mendarat.

Lagi Penumpang China Bikin Kecoh

Dia membuka pintu kecemasan itu, menyebabkan gelungsur kecemasan terpasang.

Apabila ditahan kerana tindakannya itu, penumpang berkenaan berkata, dia tidak tahu pintu kecemasan tidak boleh dibuka walaupun perkataan melarangnya jelas terpampang pada pintu itu.


Perbuatan lelaki itu menyebabkan syarikat penerbangan China Eastern kerugian kira-kira £10,000 dan penerbangan tertangguh selama dua jam.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/17051


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.