Rabu, 17 Disember 2014

Rabu, Disember 17, 2014
Lagi Remaja Bernikah Di Usia Muda, Suami 21 Isteri 15 | Baru-baru ini pasangan Muaz dan Nur Izzati menjadi viral dimedia sosial kerana bernikah diusia yang masih muda. Kini menerusi mStar pula, satu lagi pasangan muda bernikah di Melaka.

Lagi Remaja Bernikah Di Usia Muda, Suami 21 Isteri 15

Nurulain Mohammad, 15, berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Zulhelmi Kaharudin, 21 pada majlis persandingan mereka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh pada Ahad lalu.

Pernikahan Nurulain dan Zulhemi, mendapat restu daripada kedua-dua keluarga. Kisah cinta mereka juga bukan satu rahsia sejak mula berkenalan.

Zulhelmi yang mengusahakan perniagaan restoran berkata, dia dibesarkan dalam keluarga yang tegas.

'Tiada seorang pun daripada kami berjumpa secara senyap-senyap," katanya.

Dia yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, dia akan menyokong isterinya untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti.


"Hanya selepas itu baharulah kami akan menimang cahaya mata, Dia masih muda tetapi saya akan membimbingnya dengan nilai-nilai yang baik," katanya.

Pasangan itu mula mengenali sewaktu bersiar-siar di kawasan kejiranan. Zulhemi berkata, ia merupakan cinta pandang pertamanya.

"Dia (isteri) dalam perjalanan balik dari sekolah selepas saya beritahu 'Saya cintakan awak. Dia juga meluahkan perasaan yang sama kepada saya."

Bagi orang Islam di Malaysia, usia perkahwinan yang sah dari segi undang-undang adalah 18 tahun untuk lelaki dan 16 tahun buat perempuan.

Bagaimanapun, dengan kebenaran Mahkamah Syariah, mereka boleh bernikah tanpa mengira usia.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/17/remaja-15-tahun-berkahwin/



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.