Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
Lori Ayam Jatuh Ke Dalam Gaung Di Grik | Sebuah lori dilaporkan terjunam ke dalam gaung selepas berlakunya tanah runtuh di kilometer 63 jalan Timur Barat, di Grik, semalam.

Lori Ayam Jatuh Ke Dalam Gaung Di Grik

Kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu berlaku tidak jauh dari kawasan rehat dan rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa.

“Lima lori saya tidak dapat menghantar bekalan ayam hidup ke Kota Bharu. Satu daripadanya terjunam ke dalam gaung, bagaimanapun pemandunya selamat,” kata Zukila Draman, 36.

Zukila atau terkenal dengan panggilan Jukee Ayam adalah pemilik lori yang terjunam ke dalam gaung selepas jalan runtuh di Kilometer 63 Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, 8.40 malam tadi.

Lori Ayam Jatuh Ke Dalam Gaung Di Grik

Terdahulu, gambar mengenai kejadian berkenaan tersebar di laman sosial dengan pelbagai andaian. Menurutnya, lori yang terjunam ke dalam gaung itu membawa muatan 3,200 ekor ayam.


“Hari ini saya terpaksa menutup perniagaan berikutan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Lori Ayam Jatuh Ke Dalam Gaung Di Grik

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad mengesahkan kejadian itu.

Katanya, laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/lori-terjunam-dalam-gaung-akibat-tanah-runtuh-1.344271
mymetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.