Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
Malaysia Kerah 4 Aset Cari Pesawat Hilang | Kerajaan menerusi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sudah menggerakkan empat aset masing-masing tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 ke Perairan Belitong, Indonesia bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

Malaysia Kerah 4 Aset Cari Pesawat Hilang

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata, aset berkenaan dikerahkan bagi membantu operasi SAR selain menyertai aset lain dihantar pihak berkuasa Indonesia.

Beliau berkata, operasi SAR pesawat berkenaan kini diketuai dan diselaras oleh pihak berkuasa Indonesia.

"Saya juga sudah menghubungi rakan sejawat saya di Indonesia dan Singapura bagi mendapatkan segala maklumat termasuk menyediakan apa sahaja keperluan diperlukan dalam operasi SAR berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat AirAsia, petang tadi.

Katanya, pihaknya sudah menubuhkan Pusat Koordinasi Menyelamat (RCC) berpusat di Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang bagi menyelaras segala usaha SAR pesawat berkenaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/19599#sthash.gURF6Nv8.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.