Ahad, 7 Disember 2014

Ahad, Disember 07, 2014
Mat Rempit Makin Kurang Ajar | Malang berganda buat seorang penunggang motosikal apabila mangsa bukan saja dirempuh sekumpulan mat rempit hingga menyebabkannya patah kaki, malah turut disamun dalam kejadian di Lebuhraya Besraya menuju Balakong, awal pagi semalam.

Mat Rempit Makin Kurang Ajar

Menurut sumber polis, dalam kejadian jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 37 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Cheras, sebelum secara tiba-tiba dirempuh daripada belakang oleh sekumpulan lima lelaki yang menunggang motosikal.

Katanya, sekumpulan mat rempit terbabit dipercayai baru saja melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilakukan anggota polis di beberapa kawasan di lebuh raya berkenaan sebelum merempuh lelaki malang itu.

"Ekoran dirempuh daripada belakang, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

Bagaimanapun sangkaan mangsa melihat kumpulan lelaki terbabit berhenti bagi membantunya ternyata meleset apabila mangsa disamun yang mengakibatkan dia kerugian RM500.

"Semua suspek segera beredar sebaik melarikan wang mangsa tanpa membantunya. Mangsa kemudian berjaya dibantu oleh orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum menghubungi ambulans," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/14437#sthash.kDnDRQGN.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.