Isnin, 1 Disember 2014

Isnin, Disember 01, 2014
Mesej Dari Cikgu Ayub Buat Semua Pembaca | Setelah kisah seorang budak miskin yang berjaya dengan keputusan UPSR baru-baru ini, Cikgu Ayub (As Syahid) yang terkejut dengan kuasa viral di FB  menerusi posting terkininya membuat sedikit penjelasan tentang kisah Ayub dan tanggungjawab mereka kini dan masa depan....Ikuti seterusnya...

Mesej Dari Cikgu Ayub Buat Semua Pembaca

Dengan nama Allah, nama maha Agung, sifatNya yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Terima kasih kepada Allah, ekoran daripada status FB saya tentang pengkisahan Ayub yang telah menjadi 'viral, saya dihujani dengan pelbagai mesej / komen dalam kantung inbox saya.

Ramai yang merasa keharuan dan sebak dengan cerita ini. Hakikatnya, Ayub bukanlah satu-satunya murid yang sebegitu. Terlalu ramai seperti Ayub di luar sana. Di pedalaman Sabah, Sarawak, ceruk hujung Kelantan, malah di mana-mana. Saya menulis semata-mata mengenangkan perjuangan dan susah payah kehidupan bagi sebuah keluarga yang kurang bernasib baik.

Tuan-tuan yang baik hati,

Saya bersama guru-guru lain telah bersedia untuk membantu Ayub dan rakan-rakan lain yang telah berjaya. Insyaallah, akan saya usahakan untuk menyekolahkan Ayub di sekolah yang lebih baik. Berdoalah, mudah-mudahan ianya menjadi realiti. Dan pertolongan kami (warga sekolah) tidak terhenti di sini.


Untuk pengetahuan, adik perempuan Ayub juga bakal menduduki UPSR tahun hadapan, dan akan saya berjuang selagi daya sekali lagi hingga ke semangat yang terakhir.

Buat yang menulis kepada saya yang mahu memberikan bantuan, saya hanya memiliki nombor akaun (Tabung Haji) Ayub. Jika tuan-tuan masih berminat boleh lah saya lampirkan ke dalam mesej tuan. Maafkan saya kerana lambat membalas kerana saya sendiri sangat terkejut dengan 'viral ' ini dan FB saya tiba-tiba 'diikuti' pula sebegitu ramai follower dan 'requested friends'.

Moga Allah memberikan pahala buat tuan semua yang menghargainya. Allahumma amin. Barakallah fikum. Saya hanyalah sekadar "Sang Pencerita" bagi kisah-kisah manis dan duka alam persekolahan.
Video: Ayub dan rakan-rakannya (Dirakam tahun 2013).




sumber
https://www.facebook.com/shahidan.shuib


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.