Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Mesej Terakhir Suami Isteri - KEMAMAN - "Alhamdulillah Kami Selamat Naik Bot,"  | KEMAMAN - "Alhamdulillah kami selamat menaiki bot," itulah pesanan ringkas terakhir yang dikirimkan kepada anggota keluarga sebelum bot yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik di Kemaman, kelmarin.
 
Mesej Terakhir Suami Isteri - KEMAMAN - "Alhamdulillah Kami Selamat Naik Bot,"

Dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, mangsa Nur Hayati Sulong dan suaminya, Suhaimi Awang, kedua-dua berusia 37 tahun, hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob.
 
Keluarga mangsa Wan Zahari Wan Abu Bakar, 51, berkata kira-kira 1.05 petang, Suhaimi mengirimkan pesanan tersebut berserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.
 
Beliau berkata, sebaik menerima pesanan itu, mereka sekeluarga berasa lega kerana mangsa sebelum itu terpaksa meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan anak-anaknya.
   
"Bagaimanapun tidak sampai sejam, saya terkejut selepas dimaklumkan bot yang dinaiki pasangan itu terbalik dan mereka hilang dibawa arus dan sehingga kini mereka gagal dikesan," katanya.

Wan Zahari berkata, Suhaimi bersama keluarganya sudah dua hari berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga.
 
"Saya berharap agar pasangan ini dapat ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
     
Banjir: Sepasang Suami Isteri Di Khuatiri Hilang

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi berkata operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.
   
"Operasi pencarian ini akan terus diperluas dan dipertingkatkan dan jika keadaan air tidak begitu deras, kita akan arahkan anggota penyelam melakukan operasi selaman di kawasan sekitar," katanya. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pasangan-hilang-sempat-hantar-mesej-1.344784


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.