Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, Disember 16, 2014
Mimpi Di Timbus Busut, Lelaki Hidap Sakit MISTERI | Bermula dengan mimpi ditimbus tanah busut, seorang penduduk Kampung Tasek Permai, di Gual Sitok, diserang penyakit misteri sejak Julai lalu, yang menyebabkan kulit di seluruh badannya merekah dan bersisik.

Mimpi Di Timbus Busut, Lelaki Hidap Sakit MISTERI

Penyakit misteri yang dideritai Mohd Azmi Abdullah, 48 mengakibatkan dia terlantar di rumah sekali gus menjejaskan mata pencariannya untuk menyara keluarga.

Menurut isterinya, Rosnida Yusoff, 42, sejak suaminya diserang penyakit misteri itu, kehidupan mereka sekeluarga dihimpit kemiskinan sehingga dua daripada enam anaknya terpaksa berhenti sekolah sejak beberapa tahun lalu.

Menceritakan saat mula suaminya jatuh sakit, Rosnida berkata, Mohd Azmi terjaga pada suatu malam dalam keadaan berpeluh dan mengadu mendapat mimpi ngeri.

"Suami saya bermimpi seseorang meletakkan tanah busut di atas dadanya. Kemudian seluruh badannya ditetak dengan senjata tajam.

"Bermula dari detik itu, bulu mata, kening dan rambut suami saya gugur. Lama kelamaan, darah mula keluar daripada hidung dan matanya," katanya dalam nada sayu.

Tambahnya, selain menjaga suami dan dua anaknya mempunyai penyakit sawan, dia juga terpaksa menjaga ibunya yang kini uzur.

Mimpi Di Timbus Busut, Lelaki Hidap Sakit MISTERI | Bermula dengan mimpi ditimbus tanah busut, seorang penduduk Kampung Tasek Permai, di Gual Sitok, diserang penyakit misteri sejak Julai lalu, yang menyebabkan kulit di seluruh badannya merekah dan bersisik.

Katanya, dia tidak mampu membelikan tilam ataupun lampin pakai buang untuk keperluan Mohd Azmi kerana tiada pendapatan tetap dan sekadar menjual kuih untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.

Rosnida pernah menjadi mangsa kemalangan akibat kereta terbabas masuk ke rumahnya di Ketereh dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

"Wang bantuan daripada JKM itu turut digunakan untuk keperluan anak kedua saya yang melanjutkan pelajaran ke Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech di Kota Bharu," katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/terlantar-kerana-penyakit-misteri-1.342129


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.