Selasa, 2 Disember 2014

Selasa, Disember 02, 2014
Mitsubishi Evo X Bakal Berakhir, Evo XI Bakal Muncul? | Tersebar meluas bahawa model kereta Mitsubishi Evolution X akan berakhir dan model itu akan digantikan dengan model terbaru generasi Evo iaitu Mitsubishi Evolution XI ...

Mitsubishi Evo X Bakal Berakhir, Evo XI Bakal Muncul?

Menurut pihak Mitsubishi untuk rekaan mereka yang akan datang, mereka akan lebih mengetengahkan teknologi hibrid yang lebih mendapat sambutan di masa sekarang dan akan datang.

Menurut Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Amerika Syarikat, Don Swearingen berkata, Evo telah “datang dan pergi” dan kini kereta lumba elektrik seperti MIEV Evolution III telah membayangkan permintaan yang akan berlaku di masa akan datang.

Mitsubishi Evo X Bakal Berakhir, Evo XI Bakal Muncul?.MIEV Evolution III

Sebelum siri Evo berakhir beliau telah mengumumkan pihak Mitsubishi akan melancarkan model terakhir Evo edisi khas.

Seperti sebelum ini, Mitsubishi tidak akan mengalah dalam penghasilan kereta berpretasi tinggi dan menyatakan akan menghasilkan kereta yang amat berbeza dengan menekankan konsep hibrid.


Untuk rancangan ini pihak Mitsubishi perlu mengambil masa beberapa tahun lagi bagi menggantikan model Mitsubishi Evolution X yang sedia ada.

Menariknya, kami dapati ada ura-ua mengatakan Evo XI PHEV ini akan digandingkan dengan kuasa enjin 2.0, Dua 80 bhp motor elektrik dan 500bhp plug in hybrid power.

Mitsubishi Evo X Bakal Berakhir, Evo XI Bakal Muncul?

Kebanyakan peminat legasi Mitsubishi Evolution berterusan kerana bagi mereka Mitsubishi Evolution adalah pilihan terbaik kerana berkonsepkan kereta Sport empat pintu.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.