Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjelaskan bahawa tiada lagi kawasan atau negeri yang terputus hubungan komunikasi berikutan banjir yang semakin buruk melanda beberapa negeri di Pantai Timur.

MKN Dakwa Belum Ada Lagi Kawasan/ Negeri Terputus Hubungan

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata setakat ini yang terputus hubungan hanyalah jalan untuk memasuki daerah tertentu.

"Itu saja kesukaran yang kita alami, dari segi hubungan komunikasi semua baik dan lancar termasuk bekalan makanan untuk mangsa (banjir) yang ditempatkan di pusat pemindahan.

"Ia (komunikasi) membantu kami untuk mengatur pergerakan menyelamat dan menghantar bantuan di kawasan bah," katanya ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi.

Mohamed Thajudeen berkata, usaha kini adalah untuk membawa semua mangsa yang terkandas di kawasan banjir ke pusat pemindahan.

Katanya, lebih lima helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga sudah berada dalam keadaan siapsiaga bagi menghantar bantuan keselamatan dan makanan di kawasan sukar.

MKN Dakwa Belum Ada Lagi Kawasan/ Negeri Terputus Hubungan

Katanya, khidmat helikopter itu kini sedang menunggu arahan daripada anggota penyelamat untuk memasuki kawasan serta daerah yang terjejas teruk.

"Secara keseluruhannya, semuanya masih dalam keadaan terkawal, sedikit kesulitan yang kita alami iaitu untuk memasuki kawasan tertentu terutama di Kelantan disebabkan arus deras dan jalan dinaiki air melepasi paras bahaya.

"Namun, kita sudah melaksanakan koordinasi bersama membabitkan semua agensi (PDRM, APMM dan JPBM) termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Dari segi makanan dan keperluan harian, ia sudah diurus sebaiknya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/25071


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.