Isnin, 1 Disember 2014

Isnin, Disember 01, 2014
Model Kanak-Kanak Rusia Tercantik Di Dunia | Usia yang muda bukanlah penghalang untuk seseorang menempa nama dalam dunia peragaan dan perkara tersebut dibuktikan oleh seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang sering diberi kepercayaan memperagakan pelbagai produk berjenama.

Model Kanak-Kanak Rusia Tercantik Di Dunia


Mail Online melaporkan, Kristina Pimenova yang memulakan kerjaya peragaan seawal usia tiga tahun pernah menjadi model untuk jenama terkenal seperti Ro­berto Cavalli, Dolce & Gabbana, Armani dan Benetton.

Dia yang disebut sebagai kanak-kanak tercantik di dunia oleh pengguna laman sosial juga pernah menjadi penghias muka depan majalah berprestij Itali, Vogue Bambini ketika berusia tujuh tahun.

Model Kanak-Kanak Rusia Tercantik Di Dunia

Kejelitaan Pimenova yang memiliki rambut panjang berwarna perang dan sepasang mata berwarna biru, membolehkan dia mengumpul dua juta peminat di laman sosial Facebook.

Orang yang bertanggungjawab membawa Pimenova ke dunia peragaan adalah ibunya, Glikeriya Shirokova yang menguruskan akaun laman sosial dan karier anaknya.

Model Kanak-Kanak Rusia Tercantik Di Dunia

“Kerjaya peragaan Pimenova bermula selepas ramai rakan-rakan ibunya terpesona dengan kejelitaannya dan meminta dia mencuba nasib dalam bidang peragaan.
“Sejak itu dia sangat cintakan dunia peragaan,” menurut status biografi di Facebook Pimenova.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/model-kanak-kanak-rusia-tercantik-di-dunia-1.30703


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.