Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Mustapha Maarof Kini Kritikal | Datuk Mustapha Maarof, 79, hero filem Malaya era 1950-an kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju ketika ini.

Mustapha Maarof Kini Kritikal

Produser filem Pansha Nalliah yang juga rakan baik beliau berkata, pelakon veteran itu hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja ketika ini.

"Saya ada melawat beliau sebentar tadi dan keadaannya amat-amat kritikal. Beliau hanya bergantung kepada alat bantuan sahaja ketika ini. Kita doakan kesejahteraan beliau,” ujar Pansha.

Mustapha dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan pada Selasa untuk rawatan lanjut.


Mustapha yang juga suami kepada seniwati Allahyarham Roseyatimah merupakan pelakon filem Melayu era 1950-an yang mula bertapak di Singapura.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak putera raja termasuklah dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

Filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/03/mustapha-maarof-kritikal/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.