Ahad, 7 Disember 2014

Ahad, Disember 07, 2014
Naib Presiden Amerika Syarikat Kena Perli Dengan KJ| Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam dengan selambanya menyindir Naib Presiden Amerika Syarikat  (AS), Joe Biden supaya ‘mencermin diri' sebelum hendak memperlekehkan sistem perundangan negara lain.

Naib Presiden Amerika Syarikat Kena Perli Dengan KJ

“Mengata dulang paku serpih. Bukan main nak memberi 'tekanan' kepada orang lain, terlupa nak tengok cermin,” tulis KJ di laman sosial Facebooknya.

Terdahulu, Biden melahirkan kebimbangannya terhadap apa yang didakwanya sebagai tekanan terhadap pembangkang di Malaysia dengan penggunaan Akta Hasutan dan undang-undang lain menerusi laman Twitternya jelas menyokong Anwar Ibrahim.

“Ketika pertumbuhan hubungan AS-Malaysia sedang berkembang, kerajaan Malaysia menggunakan sistem undang-undang dan Akta Hasutan untuk menekan pembangkang.

“Tindakan itu menimbulkan kebimbangan terhadap kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

"Rayuan Anwar memberi Malaysia peluang penting untuk membetulkan keadaan dan menggalakkan keyakinan dalam demokrasi dan badan kehakimannya," kata Biden.

Respons terhadap kenyataan pemimpin itu, Khairy kemudiannya 'retweet' dan dengan sinis berkata, AS juga harus menutup penjara di Teluk Guantanamo bagi  membuktikan negara itu juga mengamalkan sistem demokrasi.

Naib Presiden Amerika Syarikat Kena Perli Dengan KJ

“Kepada naib Presiden penutupan Guantanamo akan memberi peluang, untuk ‘membuktikan’ Amerika menyakini sistem demokrasi dan proses undang-undang,” tulisnya sinis.

Obama sebelum ini pernah menyatakan akan menutup Guantanamo, namun hingga sekarang penjara terkejam dengan pelbagai teknik seksaan itu masih tegak dan menjadi kebanggaan AS dalam menentang keganasan kononnya....

sumber
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kj-sindir-naib-presiden-as-1.339457


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.