Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Najib Akan Ke Kelantan Sebaik Tiba Dari Amerika Esok | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus ke Kelantan esok bagi memantau bantuan kecemasan kepada mangsa banjir sebaik tiba di tanah air dari Amerika Syarikat.

Najib Akan Ke Kelantan Sebaik Tiba Dari Amerika Esok

Jurucakap Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, sebentar tadi berkata Perdana Menteri sentiasa mendapat perkembangan terkini mengenai banjir di negara ini sepanjang berada di luar negara.

Najib juga berhubung dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengarahkan Jabatan Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara agar segera membantu kawasan yang terjejas.

Sebaik tiba di Kelantan, Najib akan mempengerusikan mesyuarat dan diberi taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara, kerajaan negeri dan agensi berkaitan bantuan.

Najib Akan Ke Kelantan Sebaik Tiba Dari Amerika Esok

Perdana Menteri juga dijadual menemui penduduk yang terjejas banjir dan membincangkan kaedah terbaik dalam memberikan bantuan segera kepada mangsa yang sukar dihubungi.

Anak Najib Mengamuk Jadi Viral Di Media Sosial

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau mahu melihat sendiri situasi banjir dan bersama dengan rakyat.

"Saya amat prihatin dengan situasi banjir ini. Saya simpati dengan mereka yang kehilangan rumah dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.

"Ketika saya saya tiada (di negara ini), saya sentiasa berhubung dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Jabatan Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara yang sentiasa memberi jaminan kepada saya yang mereka akan melakukan segala yang boleh bagi membantu mangsa yang terjejas," katanya.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/25371


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.