Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
Najib & Timbalan Menteri Besar Kelantan SEKATA Tidak Isytihar DARURAT | Berdegar-degar keyboard warrior (termasuk admin..kekeke) bercakap mengenai keadaan banjir yang terlalu buruk di Kelantan tahun ini dan mendesak Pak Najib mengisytihar perintah DARURAT di Kelantan.

Najib & Timbalan Menteri Besar Kelantan SEKATA Tidak Isytihar DARURAT

Diakui, banjir kali ini agak teruk berbanding banjir terdahulu...namun kenapa agaknya Najib dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah boleh pula "seia dan sekata" bila masing-masing mengatakan keadaan masih terkawal dan tidak perlu mengeluarkan/meminta perintah darurat diisytihar.

1967 Tak Isytihar DARURAT

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan, keadaan banjir di negeri ini masih terkawal apabila air di bahagian hulu beransur surut.

Menurutnya, air di Gua Musang dan Kuala Krai mulai surut dan kini memberi kesan kepada kawasan di bahagian bawah termasuk Machang, Kota Bharu serta Tumpat.

“Banjir 1967 lebih teruk, tapi kita tak isytihar darurat, sebab itu kali ini pun kita belum isytihar darurat, cuma yang menjadi kelam-kabut apabila ada setengah kawasan tak pernah banjir tiba-tiba ditenggelami, ramai tidak jangka kerana ia datang secara mengejut, itu yang menjadi isu.

“Bagaimanapun air agak lambat surut di Kuala Krai berikutan kawasan yang terlalu besar, tetapi di Gua Musang sudah tidak banjir, perlahan-lahan berkurangan dan kini memenuhi daerah di bawahnya terutama Kota Bharu dan Tumpat yang berada di muka kuala,” katanya kepada media, semalam.

Mohd Amar berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada pembangunan yang giat dilakukan termasuk kegiatan menambak tanah untuk projek perumahan, sekolah dan bangunan sehingga menyebabkan air mengalir di luar saluran yang ada.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, gerakan menyelamat giat dijalankan dan terus ditingkatkan dengan bantuan tujuh helikopter selain tambahan petugas termasuk sukarelawan dari luar negeri ini.

“Peruntukan tambahan bekalan makanan sudah sampai, cuma di sesetengah lokasi, kita tak boleh masuk disebabkan  arus terlalu deras dan ini yang menjadi isu apabila bantuan lambat sampai, bagaimanapun bukan di seluruh negeri ” katanya.

Mohd  Amar berkata, kawasan yang gagal untuk sampai, bekalan makanan dijatuhkan menggunakan helikopter.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman sebelum ini, air dijangka surut dalam masa dua hari sekiranya tidak ada hujan dan air pasang. - sumber-

Lawatan Banjir Najib Bersama MB Kelantan

Sementara itu, setelah pulang dari US, Najib terus melawat negeri Kelantan yang dilanda banjir teruk bersama-sama dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, petang ini melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini.

Kedua-dua pemimpin itu tiba di Tumpat selepas mereka melakukan tinjauan udara keadaan banjir dengan menggunakan helikopter di sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu.

Terdahulu Najib tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum menghadiri taklimat tertutup mengenai perkembangan banjir di Kelantan.

Turut turut dalam taklimat khas itu ialah Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan. -sumber-

Najib & Timbalan Menteri Besar Kelantan SEKATA Tidak Isytihar DARURAT

Sebab Tak Isytihar Darurat

Dalam pada itu ketika berada di Kelantan, Najib turut menjelaskan salah satu punca kenapa perintah DARURAT belum di isytiharkan.....

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata darurat tidak diisytiharkan di negeri terjejas bencana banjir kerana ia akan membawa kepada kerugian kepada mangsa.

Beliau berkata, pengumuman darurat akan menyebabkan mangsa banjir tidak dapat membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan harta benda yang dialami mereka. -sumber-

Bertindak Seperti Keadaan Darurat

"Walaupun begitu, kerajaan persekutuan telahpun bertindak seperti berada dalam darurat dengan semua aset dikerah untuk bantu mangsa banjir," katanya di Twitter.

Tulisannya di Twitter itu bagi menjawab tuntutan oleh penasihat DAP, Lim Kit Siang dan setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua agar kerajaan mengisytiharkan darurat.

"Sekiranya kerajaan umumkan darurat, antara implikasi yang akan timbul ialah pihak insurans akan terlepas daripada bayar ganti rugi...dan ganti rugi disebabkan kerosakan harta benda serta kenderaan adalah tinggi.

"Sebab itu kalau kita declare (isytihar darurat), bererti ini termasuk dalam kategori forced measure, dan syarikat insurans tak perlu jelaskan pampasan," katanya lagi, lapor Bernama.-sumber-

Najib & Timbalan Menteri Besar Kelantan SEKATA Tidak Isytihar DARURAT

Kit Siang Seru Rakyat Sokong Najib 

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menyeru orang ramai supaya memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha menyampaikan bantuan terhadap mangsa banjir di semua kawasan terjejas.

Menurut Lim, tindakan terhadap bencana banjir terdahsyat dalam sejarah negara ini bukanlah tanggungjawab kerajaan semata-mata, tetapi harus melibatkan usaha seluruh rakyat Malaysia.

“Begitupun apabila melihatkan skala bencana, ia perlu diketuai Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri, agar segala sumber digunakan untuk membantu mangsa dalam jangka masa segera,” ujarnya dalam kenyataan media. -sumber-


#Akhbar rasmi pembangkang seperti Harakah dan MalaysiaKini juga tidak beria-ia sangat menyebut tentang isu DARURAT ni, hanya individu saja yg galak sahaja.....Apapun tahniah diucapkan buat beberapa individu yang tampil secara sukarela membantu mangsa banjir secara langsung atau tidak langsung....??


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.