Isnin, 15 Disember 2014

Isnin, Disember 15, 2014
Nama Putri Mardiana Dikaitkan Artis Janda Beranak Tiga Ditangkap Khalwat? | Kini nama pelakon Putri Mardiana Zainal Abidin dikaitkan dengan berita ‘Aktres Janda Anak Tiga Ditangkap Khalwat’ seperti yang dilaporkan beberapa akhbar sebelum ini.


Menerusi Astro Gempak yang telah menerima mesej menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ dari seorang individu, telah mengesahkan akan perkara tersebut.

Individu yang mahu namanya dirahsiakan, Putri Mardiana telah ditangkap bersama pasangannya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah kira-kira jam 3.23 pagi Ahad di kediaman aktres tersebut di sebuah kondo di Ukay Perdana.

Sumber Astro Gempak itu berkata kedua-dua pasangan yang ditangkap khalwat tersebut telah dibawa ke Balai Polis Melawati untuk diambil keterangan.

Pasangan tersebut ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Pelakon berusia 33 tahun itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

 Putri Mardiana Dikaitkan Artis Janda Beranak Tiga Ditangkap Khalwat


Sedikit mengenai filem Ngangkung

Ngangkung ialah sebuah filem komedi seram arahan pengarah baru dalam perfileman, Ismail Bob Hashim yang berpengalaman dalam mengarah drama televisyen. Filem ke-42 terbitan Metrowealth Movies Production ini ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 25 November 2010. Filem yang dibintangi Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, dan Azad Jasmin ini menunjukkan kehidupan manusia yang terjebak dalam permainan judi nombor ekor.

Ketika ditayangkan di pawagam, filem Ngangkung berjaya mencipta sejarah dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi filem tempatan pertama yang jumlah kutipannya mencecah paras RM8 juta di seluruh pawagam tempatan. Laporan jumlah kutipan RM8.15 juta dalam lima minggu tayangan (hingga 23 Disember 2010), termasuk RM7.8 juta dalam masa 20 hari sahaja.

Sekaligus memecah rekod Adnan Sempit yang meraih RM7.7 juta dalam masa lebih kurang sebulan, sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Atas pencapaian ini, filem Ngangkung dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai "Filem Box-Office Tertinggi 2010" untuk edisi tahun 2011.

Pengarah: Ismail Bob Hasim
Penerbit: David Teo
Pelakon: Shaheizy Sam Angah Raja Lawak Azad
Shaheizy Sam sebagai Azim
Azad sebagai Tasnim
Angah Raja Lawak sebagai Wan
Putri Mardiana sebagai Midah
Eira Syazira sebagai Suri
Echa sebagai Wahi
Azlee Senario sebagai Dr. Atha
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Bomoh Perigi Buta
Reanna sebagai Pesakit
Mazlan Pet Pet sebagai Pendeta
sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/141590/Nama-Puteri-Mardiana-Dikaitkan-Artis-Janda-Beranak-Tiga-Ditangkap-Khalwat.aspx
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ngangkung
http://beautifulnara.com/putri-mardiana-dicekup-khalwat-dengan-suami-orang/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.