Khamis, 18 Disember 2014

Khamis, Disember 18, 2014
Neng Yatimah Koma | Neng Yatimah, 91, yang juga ibu mentua Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, dilaporkan koma di Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura, malam tadi.

Neng Yatimah Koma
NENG Yatimah bersama Azlynna ketika menghadiri majlis tahlil Allahyarham Datuk Mustaffa Maafor di Masjid Bandar Baru Sentul.
Neng dikatakan mengalami sesak nafas dan tekanan darah rendah setibanya di Johor Bahru, petang tadi.

Neng berada di Kuala Lumpur, Isnin lalu bagi menghadiri upacara pengebumian menantunya diikuti majlis tahlil, malam semalam.

Anak Allahyarham Mustapha iaitu Azlynna berkata, neneknya mengadu sakit dan dikejarkan ke hospital sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Neng Yatimah atau nama sebenarnya, Buntat Ahmad, pelakon popular era 1940-an dan 1950-an membintangi beberapa filem seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Rachun Dunia, Seri Mersing dan Laila Majnun termasuk bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Ibu.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/23846


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.