Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, Disember 23, 2014
Noniswara Kini Tampil Berhijab | Syukur.....selepas lama menyepi daripada dunia lakonan, kini pelakon Noniswara Baharuddin kembali untuk mewarnai persada seni lakonan semula.

Noniswara Kini Tampil Berhijab

Malah Noniswara kini telah tampil dengan imejnya yang baru, berhijab sebelum Ramadan yang lalu.

“Niat bertudung asalnya sudah lama apatah lagi melihat anak perempuan saya bertudung menguatkan lagi keinginan untuk sama-sama berhijab sepertinya.

“Alhamdulillah hati saya terbuka untuk melakukannya sebulan sebelum Ramadan yang lalu dan saya bertudung sepenuhnya,” kata pelakon ini dipetik di dalam Harian Metro.

Menyentuh isu rumah tangga, Noniswara juga menyatakan dia tidak serik untuk berkahwin lagi dan akan lebih cerewet dalam memilih pasangan selepas dua kali gagal di dalam alam perkahwinan.

Noniswara Kini Tampil Berhijab

“Kalau boleh saya mahu pasangan yang lebih berusia daripada saya atau mungkin juga lebih kurang sebaya saya. Bukan tidak yakin dengan lelaki muda tetapi rasa diri tidak sesuai dipadankan dengan mereka,”ujarnya lagi.

sumber
http://www.rotikaya.com/tampil-berhijab-noniswara-tidak-serik-berkahwin-lagi/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.