Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, Disember 16, 2014
Pasangan Cuba Kejar Kereta PU Yeop, Tapi Tak Dapat |“Kami cuba mengejar kenderaan bapa dia, namun tidak berjaya,” kata Siti Masmerah Arifin, 38, penyelamat Muhammad Iskandar Zulqarnain, anak kepada PU Yeop yang secara tidak sengaja ditinggalkan bapanya itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun, kelmarin.

Pasangan Cuba Kejar Kereta PU Yeop, Tapi Tak Dapat

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8, dilihat meraung memanggil bapanya yang sedang bergerak menaiki kenderaan dari stesen minyak hentian R&R tersebut.

Siti Masmerah berkata, ketika kejadian, beliau dan keluarganya singgah sebentar ke R&R tersebut untuk mengisi petrol sebelum meneruskan perjalanan ke Bagan Serai.

“Semasa suami saya isi minyak, saya yang berada dalam kereta melihat seorang kanak-kanak dekat dengan tandas di situ menangis sambil memanggil bapanya.

“Saya dan suami nampak kanak-kanak tersebut juga cuba berlari untuk mendapatkan kenderaan yang dinaiki bapanya, namun kenderaan tersebut terus berlalu.

“Suami saya bertanya kenapa menangis, dan mengesyaki bapanya tidak menyedari dia ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, walaupun cuba mengejar kenderaan milik PU Yeop, namun tidak berjaya dan terpaksa membawa Muhammad Iskandar Zulqarnain bersama ke Bagan Serai untuk menghadiri satu majlis kenduri kahwin.

“Suami saya cuba kejar namun tak berjaya, dan dalam perjalanan itu saya cuba bertanya kepada dia, namun dia masih dalam keadaan trauma.

“Namun selepas makan tengah hari, dia menyebut bapanya adalah PU Yeop, dan saya minta dia memberitahu di mana lokasi rumahnya,” katanya.

Katanya, dengan berpandukan arahan Muhammad Iskandar Zulqarnain mereka berjaya tiba di rumah PU Yeop kira-kira jam 3.30 petang.

Siti Masmerah berkata, pengalaman tersebut memberi pengajaran kepadanya sekeluarga supaya sentiasa berhati-hati dan memeriksa semula anak-anak di dalam kenderaan sebelum bergerak ke sesuatu tempat.


sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kami-cuba-kejar-kereta-pu-yeop-1.342099


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.