Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Pemain SepakTakraw Mohd Syazreen Qamar Salehan Masuk ICU Kerana Kencing Tikus | Pemain sepak takraw kebangsaan, Mohd Syazreen Qamar Salehan, 21, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban kerana disyaki terkena penyakit kencing tikus.

Pemain SepakTakraw Mohd Syazreen Qamar Salehan Masuk ICU Kerana Kencing Tikus

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri,  Datuk Dr Zailan Adnan berkata, pihaknya mengesahkan pesakit berkenaan kini dirawat di ICU.

Walau bagaimanapun katanya, pengesahan maklumat sebenar belum lagi diketahui berikutan keputusan makmal belum dikeluarkan.

“Kita masih menunggu keputusan makmal perubatan untuk mendapatkan kesahihan penyakit tersebut.

“Pesakit kini dirawat di ICU bagi memastikan keadaannya tidak bertambah teruk memandangkan penyakit ini boleh menyebabkan pendarahan dalaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada Sabtu lalu, pemain apit kiri kebangsaan itu, dimasukkan ke HTJ selepas mengalami demam panas.

Menurut Presiden Persatuan Alumni Sepak Takraw Negara, Rommi Suhandra Norsal, Mohd Syazreen demam pada Khamis lalu, ketika menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Katanya, dia diberi pelepasan untuk pulang ke rumah di Taman Desa Exora Senawang, selepas mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik MSN berkenaan.

“Keadaan dia menjadi semakin serius sejak dimasukkan ke ICU pada petang kelmarin dan kini berada dalam keadaan tidak sedar,” katanya.

Mohd Syazreen Qamar antara pemain yang mewakili negara pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan Oktober lalu dan terbaru beraksi di Kejohanan Siri Super  Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2014 di Nay Pyi Taw, Myanmar, November lalu.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/sukan/pemain-takraw-disyaki-terkena-kencing-tikus-1.340514


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.