Isnin, 29 Disember 2014

Isnin, Disember 29, 2014
Penangguhan Seminggu Sesi Persekolahan 2015 Tidak Perlu Diganti | Dungun – Permulaan sesi persekolahan 2015 seluruh negara yang ditangguhkan selama seminggu tidak perlu diganti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penangguhan Seminggu Sesi Persekolahan 2015 Tidak Perlu Diganti

“Ia tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh yang bersesuaian untuk persekolahan, bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu (menyebabkan) kita terpaksa tangguhkan.

“Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di Dungun.

Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Jan (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Jan (Isnin).

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Jan manakala negeri-negeri lain adalah 5 Jan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata berikutan banjir yang melanda beberapa negeri Semenanjung sekarang, sehingga Ahad, Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati 340 buah sekolah di tujuh negeri terlibat banjir atau yang dijadikan pusat pemindahan sementara.

sumber
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1096754


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.