Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Penduduk Kampung Laloh Pecah Kedai Runcit 3 Hari Tak Terima Makanan. | Penduduk Kampung Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan.

Penduduk Kampung Laloh Pecah Kedai Runcit 3 Hari Tak Terima Makanan

Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh.

"Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan."

Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya.

"Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh."

Penduduk Kampung Laloh Pecah Kedai Runcit 3 Hari Tak Terima Makanan

Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu.

Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.

Sementara itu makluman mengenai nasib penduduk Kampung Laloh hanya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berikutan gangguan talian telefon dan data mudah alih.

Faizal juga bimbang, pihak penyelamat menghantar (airdrop) bantuan makanan di lokasi yang salah, memandangkan hanya satu sahaja lokasi yang sesuai untuk tujuan "airdrop".

"Sekarang lokasi yg paling sesuai utk menghantar bantuan ialah kawasan perkuburan yang bebas air," jelas Faizal lagi.-Astro Awani

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/banjir-penduduk-kg-laloh-kelaparan-pecah-pintu-kedai-runcit-50920


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.