Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Pengarah Syarikat Keselamatan Maut Di Tembak & Di Tetak Selepas Bersarapan | Seorang pengarah operasi syarikat keselamatan maut ditembak dan ditetak beberapa kali dalam kejadian di Jalan Klang Lama, awal pagi tadi.

Pengarah Syarikat Keselamatan Maut Di Tembak & Di Tetak Selepas Bersarapan

Dalam kejadian kira-kira 5.45 pagi itu, mangsa, M Kesavan, 36, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di sebuah warung.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa diserang tiga lelaki bertopi keledar menunggu mangsa di kawasan gelap berdekatan warung berkenaan.

"Mangsa ditembak di kepala dan ditetak di belakang badan dan telinga kiri.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13881


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.