Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
Penjaga Sg Linggi Di Temui MATI | 3 pemancing dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya sewaktu sedang memancing di Sg Linggi berhampiran Pangkalan Durian sepanjang 7 meter dengan ukurlilit 3 meter lebar.

Penjaga Sg Linggi Di Temui MATI

Difahamkan buaya yang seberat satu tan tersebut ditemui ketika mereka mula memancing sekitar jam 10 pagi. Sewaktu air semakin surut, mereka terlihat seekor buaya yang berada tidak jauh dari tempat mereka memancing.

Seorang rakan mereka yang memberanikan diri pergi melihat buaya tersebut yang didapati telahpun mati.

“Kepala buaya berkenaan menghala ke tebing sungai dan saya lihat seluruh badannya dipenuhi lumpur dipercayai tidak berupaya bergerak kerana sudah tua."

Penjaga Sg Linggi Di Temui MATI

Buaya tembaga tersebut dikatakan berusia 100 tahun, pernah ditemui terdampat ditebing sungai Linggi sekitar Januari tahun lalu.

Buaya yang digelar "Penjaga Sg Negeri Melaka Negeri Sembilan" itu sering dilihat dan menjadi peneman nelayan ketika menangkap ikan dan udang di Sg Linggi.

sumber
http://www2.hmetro.com.my/articles/2014012701333220140127013332/MA/Article



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.