Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Penjelasan Aliff Aziz Tumbuk Pekerja Hotel | Aliff Aziz menimbulkan kontroversi baru apabila dia dikatakan bergaduh di sebuah hotel dekat sini sehingga didatangi pihak polis untuk meleraikan keadaan.

Penjelasan Aliff Aziz Tumbuk Pekerja Hotel

Aliff Aziz, bagaimanapun tidak menafikan perkara berkenaan sebaliknya mendakwa semasa kejadian dia tidak sedarkan diri akibat terkena sampuk.

"Ketika kejadian, saya memang tidak ingat apa yang berlaku. Saya mula sedarkan diri selepas semuanya sudah selesai.

"Sepupu saya memberitahu, saya dah kena sampuk. Memang saya ada masalah lemah semangat sejak kecil lagi,” katanya..

Dalam kejadian pada Isnin lalu, Aliff dikatakan mengamuk di sebuah hotel yang menjadi lokasi penginapannya sempena Anugerah Industri Muzik ke 21 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu lepas.

Semasa kejadian Aliff kononnya berada dalam pengaruh dadah sehingga pihak hotel terpaksa memanggil polis bagi meleraikan keadaan apabila dia dilaporkan menumbuk pekerja hotel berkenaan.

Situasi itu dikatakan turut disaksikan oleh penggiat-penggiat seni yang berkampung di hotel tersebut sempena penganjuran AIM 21 itu.

Dalam pada itu Aliff  Aziz yang ketika ini berada di Singapura berkata,  adalah tidak logik baginya menimbulkan isu baru sedangkan dia berusaha membersihkan namanya yang dilanda pelbagai kontroversi sebelum ini.

Dia juga mahu menjaga nama baiknya apatah lagi bakal muncul dengan album baharu pada awal tahun depan.

"Bagi sesiapa yang telah menyaksikan kejadian itu, mungkin mereka akan memberi pelbagai persepsi terhadap tingkah laku saya itu.

“Tetapi nak buat macam mana, ia adalah hari yang malang buat saya," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu Aliff berkata, dia kini sedang melakukan rawatan tradisional bersama seorang ustaz di Singapura bagi mengembalikan semangatnya yang telah hilang.

Malah Aliff juga sanggup menjalani ujian darah jika ada mana-mana pihak masih menuduhnya mengambil dadah.

"Biarlah orang nak cakap apa! Sekarang ini saya sedang menjalani rawatan bersama seorang ustaz.

"Jika ada pihak mempertikaikan perkara ini lagi, saya sanggup mengambil ujian darah untuk membuktikan bahawa saya tiada pengaruh dadah," ujarnya.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/11/aliff-aziz-mengamuk/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.