Khamis, 18 Disember 2014

Khamis, Disember 18, 2014
Penjelasan Awal Ashaari Tentang Isu Lambakan Pelawak | Awal Ashaari, pengacara program 'Melodi' dan 'Mentor Legend' sebelum ini pernah menyuarakan pendapatnya tentang isu lambakan pelawak yang diangkat menjadi pengacara untuk sesebuah acara atau program.

Penjelasan Awal Ashaari Tentang Isu Lambakan Pelawak

Perkara tersebut terus mendapat respons yang pelbagai daripada beberapa orang pelawak tanah air yang turut bergelar pengacara.  Terpanggil untuk menjawab isu itu dengan harapan ia tidak diperbesarkan atau disalah tafsir, ini kenyataan Awal yang telah dimuat naik di akaun Facebook miliknya.

Assalamualikum wbt...

Lama rasanya tak menulis di Facebook tetapi hari ini terpanggil untuk menulis bagi menjernihkan keadaan yang semakin keruh dek penulisan-penulisan yang kurang sensitif oleh segelintir pelapor.

Berkenaan isu saya marahkan pelawak sebagai pengacara. Let me make it clear, that saya TIDAK pernah menimbulkan isu itu sebaliknya saya DITANYA soalan; “Apa pendapat saya apabila sekarang lambakan pelawak-pelawak diangkat menjadi pengacara?”

Sudah tentu apabila ditanya, kita harus menjawab dan sebagai seorang “senior” bak kata sesetengah orang tu, sudah tentu jawapan yg saya berikan tidaklah ‘sebodoh’ itu untuk membuatkan rakan-rakan pengacara hebat diluar sana terasa. And obviously bukan nak menceritakan kelemahan saya tanpa sedar, as claimed.

Sudah 11 tahun saya mengacara, tak pernah sekali pun saya ada masalah dengan pengacara-pengacara seangkatan dengan saya, cuma lately ni memang saya akui yang pengacara komedi lebih mendapat tempat dihati penonton disebabkan peredaran semasa. Isu itu tidak sedikit pun menggangu saya, because I know my strength and I know who is my target audience. Saya tidak sedikit pun rasa terkesan dengan keadaan semasa sebab saya masih lagi ada pengikut saya dan Alhamdulillah, rancangan saya tak putus-putus keudara di kaca TV.

Cuma rasa tak sedap apabila komen yang diberikan disampaikan dengan cara yang tidak sensitif. Ianya ibarat sengaja ingin mengundang salah faham diantara saya dan rakan-rakan pengacara yg lain.

Buat rakan-rakan pengacara saya yg saya hormat, you know how the entertainment works. Sometimes what you said is not what actually reported. Jangan salah anggap disini. Saya bukan juga menyalahkan rakan-rakan media saya, cuma our pemahaman tentang sesuatu isu itu berbeza dan kadang kala, ia disalah tafsir oleh segelintir orang. Interpretation seseorang penulis itu mungkin berbeza dengan apa yang selalunya dikomen. Kadangkala sesuatu komen itu sukar utk diulas kerana ababila diulas, maksudnya dah jadi lain. 

Saya pernah bekerja dengan pelawak. Zizan merupakan ex-co host saya dalam Melodi selama 2 tahun and he is a good friend of mine. Setiap kali Johan mengacara, saya ketawa terbahak-bahak. Saya selalu rasa FBI tu seorang pengacara yg sangat baik. Abang AC Mizal, he is ABP Pengacara Paling Popular and I always enjoy his sense of hosting. Zulin & Sherry Al haddad are my partners dalam Melodi sekarang ni, - ADAKAH SAYA SENGAJA MEMBANGKITKAN ISU INI UNTUK MEMBUATKAN MEREKA INI TERASA? Am I that brave to dig my own grave?

Kepada yang terasa, saya mohon maaf. Bukan niat saya mengatakan apa yang anda semua baca. You guys know that you’re better than that.

Cuma memang saya ada kata yg segelintir organizer mitak saya melawak ketika bekerja. That is beyond my control. Saya mintak maaf, saya bukan pelawak. 

Untuk TV stesen pula, rasanya mereka memang bijak memilih pengacara bagaimana yang sesuai untuk program yang macam mana. So far, saya selalu dapat program yg betul-betul makanan saya. Tak pernah pulak disuruh melawak tak tentu hala sbb saya naturenya bukan seorang yg kelakar.

To my beloved press member, saya menyeru kepada semua supaya kita masing masing pandai jaga nama baik dan periuk nasi kita. Youre a gatekeeper between us, and the public. Tulislah dengan penuh sensitivity supaya perkara begini dapat dielakkan. At the end of the day, we are one small community and we might end up work or bumped into each other. Tak perlu juga nak panjang-panjangkan isu ini. Rezeki ditangan Allah, ada dimana mana.

Saya harap rakan-rakan pengacara lawak saya tak sentap lama lama. 

Penjelasan Awal Ashaari Tentang Isu Lambakan Pelawak

#Bertenanggg...meh admin belanje sekeping gambau Awal dan anak kesayangan beliau, Lara Alana...

sumber
http://mediahiburan.karangkraf.com/terkini/awal-ashaari-mohon-pelawak-tidak-salah-faham-1.342609


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.