Sabtu, 20 Disember 2014

Sabtu, Disember 20, 2014
Penumpang Bikin Kecoh Di MAS Bakal Di Penjara | Seorang lelaki yang telah menimbulkan kekecohan di atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dinaiki Datuk Bandar London, Boris Johnson awal bulan ini, mengaku bersalah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Penumpang Bikin Kecoh Di MAS Bakal Di Penjara

Menurut laporan International Business Times UK, penumpang tersebut, David Morris dikatakan mabuk kerana meminum lima gelas wiski.

Dalam kejadian itu, Morris, 43 telah bertindak ganas dengan menghantuk kepalanya ke kepala seorang krew kabin setelah krew kabin itu enggan memberinya lagi arak.

Morris bagaimanapun mengaku bersalah atas tindakannya ke atas krew kabin itu di Mahkamah Majistret Uxbridge.

Pada 3 Disember lalu, Datuk Bandar London Boris Johnson berdepan detik cemas di udara apabila bersemuka dengan seorang penumpang yang bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kesat di dalam pesawat.

Johnson menaiki pesawat MAS MH2 dari Kuala Lumpur ke London selepas berakhirnya lawatan rasmi beliau ke Asia Tenggara.

Lapor The Daily Mail, penumpang berkenaan seakan ‘hilang akal’ sebelum dia dihalang oleh anak-anak kapal.

“Datuk Bandar bersama-sama dengan beberapa penumpang lain dan krew kabin telah membuat beberapa percubaan untuk menenangkan lelaki berkenaan tetapi tidak berjaya,” kata seorang jurucakap Johnson.



sumber
http://www.astroawani.com/news/show/penumpang-mengamuk-atas-pesawat-mas-mengaku-bersalah-50555


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.